.nuffnang's.

Wednesday, 18 May 2016

.resepi mudah masak sup bubur nasi@moi untuk 'beginner'.

Ini percubaan pertama buat moi di rumah, dibantu oleh co-chef Cikgu Sri Kinta. Sebelum ni kalau masak bubur nasi cuma masak macam biasa, agak-agak nasi tu lembik jadi bubur, letak garam dan siapp! haha

Jadi sekarang kena belajar masak spesel sikit sebab bahan-bahan kebanyakannya ada di rumah.
Untuk yang baru belajar masak macam saya..boleh la cuba resepi ini sebab memang simple sangat-sangat. Chaiyok! Chaiyok!

Bahan-bahannya:

  • Beras / Lebihan nasi semalam
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Cili padi / Cili burung
  • Sedikit lada hitam (bukan serbuk)
  • Sedikit serai
  • Daun Sup
  • Air 
  • Udang basah
  • Sup bunjut
  • Kayu manis
  • Cendawan
  • Kiub pati ayam 
  • Sedikit sayur
  • Secunit garam/ajinomoto

Semua bahan main agak-agak ja. Konfiden!

Sebab mau cepat jadi kami tanak nasi siap-siap. Kuantiti air letak la 4 5 kali ganda lagi banyak dari biasa supaya nasi jadi lembut. Kalau nak lagi senang guna la balance nasi semalam, letak tepi dulu.  
Sementara tunggu nasi masak boleh la tumbuk-tumbuk bawang, cili, biji lada hitam, halia. Campur sekali pun tiada masalah.
Sup bunjut adaabiiii~~
Buka sup bunjut tadi dan tumbuk hingga hancur. Kalau tak hancur sangat nanti ganggu konsentrasi masa makan . Kalau malas biar ja terikat macamtu okay.
Sediakan cendawan, hiris sukahati. Hiris daun sup. Dan sedikit sayur. Lagi best kalau ada lobak.
Ketuk serai. 
Sediakan udang basah. Terpulang sama ada mau buka kulit atau tidak.
Cara-caranya:



  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Termasuklah serai, kayu manis & sup bunjut (jika di tumbuk).
  • Bila naik wangi masukkan segelas besar air. Agak-agak sesuai dengan kuantiti nasi, udang + cendawan + sayur.
  • Biarkan sehingga mendidih. 
  • Masukkan kiub pati dan sup bunjut (sekiranya tidak ditumbuk).
  • Masukkan nasi.
  • Masukkan sayur, cendawan, daun sup.
  • Secubit garam dan aji. 
  • Kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan udang. Agak-agak udang dah "blushing" boleh la matikan api. 
Hasilnya..
Hidang pula dengan air laici ais gelas besar. Phewww. Makan sampai berpeluh!

Senang kan? Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment