.nuffnang's.

Wednesday, 18 May 2016

.resepi mudah masak sup bubur nasi@moi untuk 'beginner'.

Ini percubaan pertama buat moi di rumah, dibantu oleh co-chef Cikgu Sri Kinta. Sebelum ni kalau masak bubur nasi cuma masak macam biasa, agak-agak nasi tu lembik jadi bubur, letak garam dan siapp! haha

Jadi sekarang kena belajar masak spesel sikit sebab bahan-bahan kebanyakannya ada di rumah.
Untuk yang baru belajar masak macam saya..boleh la cuba resepi ini sebab memang simple sangat-sangat. Chaiyok! Chaiyok!

Bahan-bahannya:

  • Beras / Lebihan nasi semalam
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Cili padi / Cili burung
  • Sedikit lada hitam (bukan serbuk)
  • Sedikit serai
  • Daun Sup
  • Air 
  • Udang basah
  • Sup bunjut
  • Kayu manis
  • Cendawan
  • Kiub pati ayam 
  • Sedikit sayur
  • Secunit garam/ajinomoto

Semua bahan main agak-agak ja. Konfiden!

Sebab mau cepat jadi kami tanak nasi siap-siap. Kuantiti air letak la 4 5 kali ganda lagi banyak dari biasa supaya nasi jadi lembut. Kalau nak lagi senang guna la balance nasi semalam, letak tepi dulu.  
Sementara tunggu nasi masak boleh la tumbuk-tumbuk bawang, cili, biji lada hitam, halia. Campur sekali pun tiada masalah.
Sup bunjut adaabiiii~~
Buka sup bunjut tadi dan tumbuk hingga hancur. Kalau tak hancur sangat nanti ganggu konsentrasi masa makan . Kalau malas biar ja terikat macamtu okay.
Sediakan cendawan, hiris sukahati. Hiris daun sup. Dan sedikit sayur. Lagi best kalau ada lobak.
Ketuk serai. 
Sediakan udang basah. Terpulang sama ada mau buka kulit atau tidak.
Cara-caranya:



  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Termasuklah serai, kayu manis & sup bunjut (jika di tumbuk).
  • Bila naik wangi masukkan segelas besar air. Agak-agak sesuai dengan kuantiti nasi, udang + cendawan + sayur.
  • Biarkan sehingga mendidih. 
  • Masukkan kiub pati dan sup bunjut (sekiranya tidak ditumbuk).
  • Masukkan nasi.
  • Masukkan sayur, cendawan, daun sup.
  • Secubit garam dan aji. 
  • Kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan udang. Agak-agak udang dah "blushing" boleh la matikan api. 
Hasilnya..
Hidang pula dengan air laici ais gelas besar. Phewww. Makan sampai berpeluh!

Senang kan? Selamat mencuba!

.5 website yang boleh dipercayai untuk bershopping!.

Tell me perempuan mana yang tak suka shopping? Baik di mall, kedai runcit, tepi jalan, pasar malam, dan makin menjadi-jadi dengan adanya pelbagai pilihan online shop di hujung jari!


So sini saya listkan 5 daripada perlbagai lagi website yang kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik, datin-datin malah abang-abang maskulin sekalian. Yang mana boleh dipercayai dari segi pembayaran dan urusan penghantaran. Dari segi kualiti pulak biar masing-masing menilai. Jadi, rajin-rajin sikit skrol testimoni orang ramai sebelum membeli okay!


Memandangkan saya kadang-kadang terbabas untuk ber'online shopping' di sini jugak, jom cuci mata!


Apa yang best dengan Lazada? 
First of all, mostly barang-barang dalam Lazada ni tidak dikenakan delivery charges
Contoh macam anda beli baju harga RM16.00. Maka total amount yang anda perlu bayar cuma RM16.00.
Yang ini untuk kebanyakannya saja ya, saya tak cakap semua. So kena tengok betul-betul.
Untuk pengumpul AirAsia BigPoint, boleh masukkan details anda semasa pembayaran. Kita beli kita dapat point, BigPoint pula kita boleh gunakan untuk beli tiket flight etc. 
Untuk sistem pembayaran, Lazada.com.my terima melalui debit, credit card, paypal, visa, mastercard dan macam-macam lagi, sila pilih ikut kesesuaian dan baki duit dalam akaun anda okay?
Dari segi penghantaran barang, sebelum beli tu harap boleh check dulu "estimated time to deliver". Jangan pulak malam ni beli, esok pagi dah tanya kenapa barang tak sampai lagi. Kebanyakannya akan provide masa tarikh sekian-sekian.
Sebab tak semestinya barang yang kita beli tu barang Malaysia, sesetengahnya dari luar negara seperti China.
Pernah sekali order barang dari China, sampai Ipoh 3 minggu kemudian.
Walaupun barang cuma harga RM10.00, tetap eksited tunggu sampai haha!


2. Ensogo
Okay next is Ensogo. Saya pun baru berjinak-jinak dengan website ni. Sempat lah jugak order 3 4 barang. Tapi bagi pendapat saya banyak barang dalam ni import dari luar negara.
Tak banyak boleh komen pasal ni lagi, sebab selalunya "tertipu" dengan cas delivery.
kwang kwang kwang sangat.
Dalam iklan tunjuk RM5.00. Tambah delivery cas lagi, and then kadang-kadang harga berubah ikut warna item yang kita nak sangat sangat sangat . T.T
Yang bestnya saya pernah beli tuala dapur 5 helai per pack, dah lah serap air, lebar lagi, warna warni pulak tuu. Harga jatuh RM1 sehelai, tapi sebab tambah postage so jadilah RM2/sehelai.
Pergi tengok kedai dua ringgit paling murah pun dapat RM2.12/sehelai. Warna pun tak menarik. hmm hmm.
Bab bila barang sampai tu tak payah tanya la, berjanggut jugak nak tunggu. haha
Yang best lagi pasal website ni sebab grafik dia cantik. Maksud saya barang-barang dia teratur, senang cari, gambar cantik dan tidak terlalu serabut. Pink gittew.


3. Groupon
Groupon ini adalah salah satu website yang firrrst sekali saya kenal dalam dunia online shopping ni.
Tak tau nak pronounce macamana, orang lain sebut Group-on, saya sebut Grupon. Lidah baku, biasalah.
Kalau bab makan, yes saya sarankan anda layari website ini. Boleh tengok deal yang terbaru dan pastikan ianya berbaloi sebelum beli. Contoh macam kekonon ada offer set Nasi Ayam Penyet kat Kedai A, dapat diskaun sekian-sekian bila anda booking online. Stop! Jangan terpedaya, buat survey dulu. Silap-silap haribulan harga walk-in lagi murah.
Once dah bayar anda akan dapat baucer, bertulis tarikh sekian-sekian. Jadi boleh terus pergi ke alamat yang tertera sebelum baucer anda expired.
Tapi setakat ini segalanya baik-baik sahaja.
Pilih-banding-bayar-print baucer-drive kereta-tebus baucer anda-makan!
Selain daripada makanan, barang-barang, Groupon jugak ada buat promosi untuk hotel, Groupon Hotel Search. Ala lebih kurang Trivago jugak kan?

http://www.groupon.my/

4. Qoo10
Okay this one is my FAVOURITE!!!
- Sebab bila beli dapat point, kumpul 100 point dapat ganti dengan RM1.00 untuk beli barang lain.
- Tiap-tiap hari boleh main Roulette. Ala macam main Roda Impian tu. 5 hari berturut main dapat 50 point. 30 hari dapat 100 point.
- Boleh dapat coupon banyakkkk. Yang ni depends pada nilai kupon yang dorang offer. Contoh macam kupon RM15.00 untuk pembelian RM50.00 dan ke atas. Tidak termasuk pembelian yang sudah didiskaunkan.Contohnya anda beli 1 barang harga RM50.00. Tapi deme dah bagi diskaun sebanyak 10%, anda cuma perlu bayar RM45.00 + kos penghantaran. Jadi, kupon tapi tak boleh guna pakai untuk pembelian ni.
- Times sales / Daily sales : Dapatkan harga promosi sebelum masa tamat! Tak boleh guna kupon untuk barang yang termasuk dalam senarai ni.
- Be curator! Maksudnya, kita beli kita promote kita dapat komisen. Kerja anda cuma promote barang atau event yang sedang berlansung, dan setiap kali orang lain beli barang melalui referral link anda, anda dapat komisen. Saya pun belum try lagi, malas, kalau suruh beli saya rajin la.

baju murah barang murah

5. 11Street & ezbuy
Last but not least.
Sebab apa saya letak sekali? Sebab I never deal with "them" before. Haha!
But from my humble opinion, their seller price is quite expensive, and they got a limited choice.
Maksudnya tak ramai sangat lagi seller bukak "kedai" dalam tu.

Apa-apa pun kalau nak beli barang its really helpful if you got this kind of list.
Sebab ada certain barang murah kat kedai A, mahal kedai B. Mahal kedai A, mudah kedai B.
Segala-galanya ada pro and con tersendiri.

Jom try and let others know , happy shopping! :)


Tuesday, 17 May 2016

.a little biodata.

Assalammualaikum,
and hai!

Jadi..yang ni rasanya blog ke 3. Yang lain-lain sudah hancur--hancurrr aku.
Dengan harapan blog yang baru ni lebih berguna, banyak info, kurang mengarut. 
Ehem. 

And yes, glad to announce, I already married to some kind of "prince charming". Yang pasti my husband bukan asal usul dari katak. haha

Lagi..saya cuma seorang surirumah berkerjaya. *tunjuk tangan sado*

Belum ada rezeki untuk bercahaya mata. Sebab mata sendiri memang selalu bercahaya. :'D

Berasal dari Sabah, berbangsa Bajau. Kawin pulak dengan bangsa Banjar.
Bajau + Banjar =  Banjau k Banjau. 

So rasanya itu sahaja.. Better get back to work! Daa!