.nuffnang's.

Monday, 9 January 2017

.new year new hope.

Sekian lama tidak muncul tiba.
Rehat diri rehat minda.
Konon.

So, bulan Ogos tahun lepas, mommy suzu officially buat proces DnC, maksudnya cuci rahim, sebab baby tidak menjadi baby, hanya tinggal kantung.

Ramai tanya, sakit tak? sakit tak? sakit tak?
Hoho.
Alhamdulillah, dipermudahkan. Positif, positif.
Hari Isnin pegi Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.
Mungkin sebab terlambat sikit, since kena singgah sekolah husband untuk ambil GL.
Then terus ke GH.
Agak lama jugak tunggu, sebab banyak patient & banyak emergency kes.
Since belum ada rasa sakit atau apa-apa tanda, tunggu ja la.
Kena pula interview dengan doktor pelatih.
She keep asking the same quaestion and I keep explained to her a same answer huhu. Sabar ja la, dulu pun kita pernah jadi pelatih jugak.
Bila masuk bilik pemeriksaan, jumpa doktor lelaki. Ntah la apa nama, lupa tanya.
Minta doktor scan lagi sekali untuk kepastian sebelum buat apa-apa keputusan.
Sebelum ni belum pernah scan dari bawah, bila tengok sendiri kantung kosong, masatu jugak nekad dalam hati, "Okay, kalau tunggu lagi mesti jadi penyakit lain, besok jugak mau cuci!"
Serius.
Walaupun doktor suggest untuk tunggu 2 minggu lagi, if I said NO, then its a big NO. haha
Kisahnya..masatu hati tengah remuk berkecai sebab tu nekad :D
"Saya nak cuci esok jugak, kalau tunggu lagi lama, buatnya saya tumpah darah sorang-sorang kat rumah macamna?"
"Hmmmm..okay, saya book untuk puan, esok awal pagi register kat bawah, bila OT kosong kita terus tolak masuk"
"Okay, thanks doc" *sign* *sign* *sign*

...

Malam tu makan banyak sikit, sebab bila sudah keluar dari bilik OT, konfem kena pantang 44 hari (padahal x cukup pun, rasa badan sihat sikit terus jamu apa depan mata, iman tipis, lupa yang badan ni kena pakai sampai tua)

...

Besoknya, pukul 7 pagi sudah sampai GH, husband hantar sampai ward then terus pegi kerja.
Lama jugak menunggu, sebab banyak kes emergency then doc kena betul betul pastikan OT kosong.
Masuk OT around 12 tengah hari, sedar-sedar lagi sudah siap, jam tunjuk lagi berapa minit ke pukul 2.
Lama jugak.
Sementara tunggu nurse datang ambil, menghayal kejap atas katil, minta tambah selimut sebab OT memang sejuk gila macam tempat simpan mayat. Haha
Sampai ja ward terus nampak husband tengah tunggu depan pintu. Lega.

Sembang-sembang kejap, sekali kesan bius hilang  oi. Sakit dia lagi sakit dari period pain!
Aku pejam mata, tidurkan diri 30 minit, bila bangun sakit pun hilang.

Minum Milo yang husband beli. Masatu yang tu ja lalu, rasa macam habis tenaga lepastu recharge balik dengan Milo Sihat dan Kuat!
Hospital serve lunch, kari ikan ka apa ntah.
Since sudah start pantang, husband la mangsa untuk habiskan. Kebetulan dia sendiri belum makan apa-apa, balik dari sekolah terus shoot ke hospital.

Ohya, doktor yang tolong scan semalam datang buat round and bagi cuti seminggu.
Lagi sekali, mommy suzu berkeras mau cuti 2 minggu! haha
Dengan alasan, kerja beratt, kena angkat kotak berat, turun naik tangga, packing stock untuk ward lagi, kalau masuk kerja pun konfem x boleh buat apa-apa (ini benda serius).
"Okay, saya bagi dua minggu, tapi kalau bos kamu marah saya, saya cari kamu" ok :D

...
sudah 5 bulan berlalu.
Tapi rasa macam baruuu lagi.
Dalam masa 5 bulan ni kami banyak jalan sana sini.
Habiskan duit.
Memang betul betul habis oii. HAHAHAHA

TAPI,
sebagai pembukaan tahun baru 2017 ni, SuZu dapat ni! Yeayyyyy. Syukran syukran.
InsyaAllah due bulan 9.
Walaupun ada sedikit gentar, risau, sebab ada spotting, koko bleeding (bukan King Coco) sikit, almost 10 days macamni, tapi sakit macam dulu tiada la pulak.
Cuma penat tu berganda ganda, sangat memerlukan tidur.
Lagi-lagi sekarang baru masuk 5 minggu.
Phew, another 35 weeks to go sayang.
Can't wait to meet you, or both of you? Haha
Belum scan lagi guys, genap 8 minggu nanti kita scan occayyy.

behind of the scene, masa ni husband tiada di rumah, then cepat-cepat buat test, around 9-10pm kalau x silap. Supposed to wait till tomorrow morning la kan, lagi clear kata orang. Tapi gatal! Tangan ni ha gatal! So, ini dia, clean and clear ditempek pada cermin mekap dalam bilik. 5 6 kali husband ulang alik depan cermin tapi x perasan lansung. Last-last terpaksa buat-buat sakit kepala, minta tolong ambilkan ubat. Tu pun perasan lepas a few times ask him to cari betul betul then he was like "ohhh pregnant ye!". Haih la abang.
Tunggu lagi 3 minggu ye, orang kata kalau line terang terang ni ada berita baik menunggu. :'D

Lotsoflove,
MommySuZu