.nuffnang's.

Friday, 19 August 2016

.bukan rezeki kami.

Sebab semalam kan ada bleeding, so petang tu terus jumpa doktor. Memandangkan doktor tempat kerja ni doktor Pakar Sakit Puan, pakar bersalin, pakar wanita segala pakar, apa yang keluar dari mulut doktor haruslah diyakini lagi-lagi bila doktor scan hasilnya macamni ...


Kosong.
Haah kosong.
Doktor dengan tenangnya cakap "I think you having a miscarriage la Suzy, denyut-denyut yang you rasa pagi tadi might be one of the symptoms."
Jantung rasa macam mengecut.
Tahan air mata.
Kemon, x gentleman okay nangis depan doktor sendiri. Haha
Selak tirai tu nampak muka kawan, assistant doktor, Kak Anis.
"Sabar, sabar" and thats enough to make me smile.
Doktor pesan lagi jangan jalan jauh.
Isnin ni doktor cuci pukul 9 pagi.
Lain kali boleh cuba lagi, jangan risau.
Sedih, memang sedih. 9 minggu jaga tiba-tiba dapat tau baby suzu is not with me for all the time :(
Tapi relax la kan, bukan rezeki.
Macam husband selalu pesan, kalau bukan rezeki maknanya Allah akan ganti dengan yang lebih baik.
So I'm strong enough :)

Maafkan kalau ada yang terasa hati andai kata saya terkasar bahasa. Bukan apa, hati saya ni...memang cukup x suka kalau orang kesiankan saya. Suruh saya bersabar bla bla bla. Did you ever see I'm crying? I never say anything so please don't kesiankan saya because it will make me stop talking to you for the mean times :)

Harini husband cancel kursus pendidikan khas dia. Sebab teman ambil referral letter dari doktor, bawa pegi Hospital Ipoh. Sebabnya malu buat dengan doktor sendiri, depan kawan-kawan sendiri. Haha. Memang rugi tolak benda free, but what to do. Malu is my priority. Hehe

So Isnin nanti la tahu jawapan macamana, prosedur macamana. Harap-harap tidak sakit & tidak payah duduk ward lama-lama haha.

Mum pula keep whatsapp me apa-apa benda yang perlu buat lepas pantang nanti. I thought pantang only for 30 days tapi mum up lagi jd 44 hari. Aaaaaaa puasaaaaaaa, raya nanti x dapat makan banyakkk. Haha

Anna Nur Ramadhani @ Muhammad Zul Ramadhan bin/binti Muhammad Zulkarnain..tenanglah di syurga anakku. Sampai masa nanti pimpinlah tangan kami berdua untuk bersama dengan mu :)
Tidak pernah sikit pun rasa menyesal bawa kamu kehulu hilir, seronok, banyak pengalaman, yang paling penting husband sudah pandai masak macam-macam menu. Hihihi. Sayang abang, sayang baby suzu, sayang semuanya.


Thursday, 18 August 2016

.sabar menunggu untuk tengok little suzu dalam perut ni! hihi.

Rasanya perut ni sensitif dengan kereta. Haha
Sebab bila habis kerja husband datang ambil, otw balik rumah mesti sakit-sakit.
Sampai la rumah pun macamtu jugak. Rasa sakit cucuk-cucuk la apa la.
Husband suruh relax, fikir positif. Walaupun hakikatnya terfikir jugak benda lain. Berapa kali terkantoi dengan husband sebab google info bukan-bukan. Hihihi
Pagi pun sama tapi kurang.
Pendek kata asal naik kereta mesti x selesa :(
Tu baru naik kereta auto, bila kereta husband siap repair nanti ntah la sakit macamana pulak. haha

Semalam start minum Pati Delima Gulsan. 
Bau dia macam madu. 
Start dari awal pregnant memang amal minum madu 1 sudu bancuh dengan 1 gelas air, minum tiap pagi. 
So sekarang sebab hb rendah, gigih jugak la cari alternatif lain sebelum check up 23 haribulan ni. 
Masa beli Pati Delima tu jurujual cakap 1 sudu makan bancuh dengan setengah gelas air. Untuk wanita mengandung boleh ambik 1 sudu makan, tanpa bancuh dengan air. Memang TIDAK la jawapannya haha.
Malamnya tu bancuh jugak la 2 sudu makan dengan segelas air. Konon-konon untuk kesan yang double la. Haha
Sekali try minum, ya rabbi, masammmm hahaha. Minum pejam-pejam mata. Rasa dia masam masam manis.
Harini bawal bekal delima, bancuh 1 sudu makan dalam bekas air 300ml macamtu. 
Minum kerap-kerap sambil buat kerja.
Kalau haus minum yang ni ja, habis yang ni baru sambung air mineral biasa.
Tapi pagi tadi ada bleeding sikit, ntah kenapa. 
Dalam pukul 1 tengahhari pegi toilet buang air kecil. 
Tiba-tiba pulak ada keputihan banyakkk keluar sekali dengan something yang tak tahu apa benda. 
T.T
Belek-belek sikit sebab rasa tak sedap hati. Mula-mula keluar tadi nampak macam 1 kantung, tapi bila tengok betul-betul. Hmmm ntah.
Bagitau husband cepat-cepat, panik sampai lupa snap gambar. 
Ayat sedapkan hati, mungkin keputihan yang berketul. Efek dari minum delima gulsan semalam, keluarkan semua keputihan yang ada. Itu yang jumpa di internet laa. Feedback dari orang ramai.
Sebab memang ada masalah keputihan teruk dari sebelum kawin. 
Lepas kawin buat pap smear tapi result okay, cuma discharge biasa, tiada infection, tapi mungkin sebab kuantiti yang banyak boleh mengurangkan peluang untuk hamil. *sampai sekarang ingat lagi doktor tu*
Petang ni try jumpa doktor kejap, minta scan. Huhu

kbai



Monday, 15 August 2016

.little suzu now about the size of a wild strawberry!.

16 August 2016 = 9 minggu 2 hari 

Pagi tadi ingatkan mau buat nasi goreng sebab balance lauk semalam banyak lagi.
Sekali lupaa daa masak nasi sebelum tidur.
Subuh-subuh baru tanak nasi, panaskan lauk.
Semalam husband masak kari sardin & sayur bendi + kacang buncis.
Fav tu kari sardin.
Tapi ntah kenapa pagi tadi masa panaskan sardin bau jadi lain macam.
Bau basi pun bukan.
Aku pun pening-pening. Ahh kenapa ni.
Gagah jugak la campur semua lauk sekali panaskan walaupun 1 rumah sampai dalam bilik diselubungi bau sardin. Tiba-tiba teringat cerita Samosa Hangit Inti Sardin. Ciss

Hari ini dalam sejarah, mommy suzu muntah-muntah waktu mandi sebelum pegi kerja :(
Dalam hati husband mesti cakap "Ahh sudah, jangan la morning sickness :( :( :( "
Haha. I know you well abang.

Masuk kerja macam biasa, tapi bau sambal nasi lemak merata-rata. T.T

Harap-harap abang habiskan bekal harini.
*sambil makan biskut kering munchys paket yang ke tiga*


.little suzu little bump! yihaaaaaaa.

Alhamdulillah, setelah 5 bulan sah sebagai suami isteri, kami dikurniakan keputusan UPT yang positif. hehe

10 July 2016 :
Sepatutnya haritu datang period. Biasa kalau lewat pun dalam sehari dua. Berdebar juga risau ada apa-apa sebab sebelum-sebelum tu rasa sakit-sakit di bahagian perut. Tidak terfikir lansung untuk beli UPT, takut berharapan palsu sebenarnya. Haha

11 July 2016 :
Discharge warna koko mula kelihatan. Cakap dengan husband " Abang..period la :(..." . Husband pun cakap takpa, nanti kita cuba lagi okay :)

12 - 15 July 2016 :
Masih discharge warna coklat. Sakit perut macam senggugut, dalam hati sudah fikir bukan-bukan, darah tersekat dalam rahim la apa la. Haha. Non-sense. Petang sebelum balik kampung jumpa doktor kejap bagitau kenapa jadi macamni, doktor cakap cukup 7 hari jadi macamni terus buat UPT ok :) . Apalagi malam tu jugak singgah 7E, malangnya UPT jenis digital tiada. Tidak terfikir lansung untuk singgah farmasi. Haha

Sampai kampung husband terus makan durian. Masa tu musim durian belakang rumah. makan 1 pinggan penuh. Malam tu perut jadi panas gilaaaaa. huhuhuhuhu

16 July 2016 :
Bangun-bangun terus buat UPT. Nampak 1 line :( . Dalam hati sudah cakap period lambat la ni. Sedih tapi pasrah. Letak strip tepi kolah bilik air. Siap-siap mau keluar dari bilik air baru nampak 2 line yang samar-samar. Yihaaa! Rasa mau menjerit situ jugak haha. Lari-lari masuk bilik kejut husband yang mamai-mamai. Tunjuk dia strip lepastu boleh pulak tanya "Maksudnya apa?" Lepastu sambung tidur balik. Adoiii haha. Apalagi kelam kabut wassap kawan tanya betul ka ni? Sebab line kedua kurang clear, kawan cakap positif dah ni cuma kalau was-was repeat balik petang nanti.

Pukul 10 lagi siap-siap untuk teman husband buat job ambil gambar orang kawin. Sampai dekat Maghrib baru balik rumah. Penat, tapi best, fefeeling mau repeat photoshoot untuk diri sendiri. Haha. Singgah beli UPT di Pantai Remis, beli sampai dua digital & strip yang bagus sikit dari semalam. Sampai rumah terus test, Alhamdulillah, clear 2 line. Rasa sabar kurang untuk tunggu besok pagi check guna digital test, malam tu jugak aku check! Haha. Lega rasa bila nampak tulis 2-3 maknanya kandungan sudah berusia 4-5 minggu kalau tidak silap. Yang paling tidak boleh lupa bila tunjuk dengan husband "PREGNANT" di skrin UPT dia punya happy bukan main lagi sampai rasa macam mau lari keluar dari bilik tunjuk semua orang "I'M GONNA BE A DAD!!!!!" haha . Tapi cakap dengan husband, tunggu dulu. Kita scan dengan doktor dulu baru bagitau ok. Hihi


17 July 2016 :
Banyak durian luruh.
Lepas makan tengahhari, mak/pak mertua saji durian berbiji-biji depan mata. Kau rasa??? haha
Dengan itu husband terus buat-buat tanya "Orang mengandung boleh makan durian tak?" :'D

18 July 2016 :
Masih ada discharge warna coklat. Risau. Berdebar. Sebab sebelum tahu pregnant, lasak bukan main lagi buat kerja, jalan merata-rata, makan macam-macam. Bila doktor scan, belum nampak apa-apa lagi. Doktor sedapkan hati bagitau yang baru sangat lagi, bagi ubat kuatkan rahim makan 10 hari. Ikut kiraan sendiri EDD 20 March 2017, sama bulan dengan husband, tidak payah risau pasal hadiah besday tahun depan. Haha


27 July 2016 :
Cukup 10 hari makan ubat kuat rahim. Discharge pun hilang. Scan dengan doktor alhamdulillah nampak kantung, EDD 25 March 2017, usia kandungan 5 minggu 4 hari. Happy. Senyum sampai telinga.

29 July 2016 :
Buka buku merah di Klinik Ibu dan Anak Jelapang.
Seawal 7 pagi husband hantar depan pintu klinik sebelum pegi kerja.
Timbang berat. Check tekanan darah. Ambil darah. Check kencing.
Hasilnya berat 50kg, tekanan darah rendah tapi masih tahap normal, HB rendah 10.00, kencing okay.
Nurse & doktor suspek ada ahli keluarga yang hidap penyakit darah Talesmia etc, tapi negatif. Semua sihat belaka kecuali darah tinggi, kolestrol & kencing manis.
Doktor scan, nampak kantung yang kosong. Sedih? Memang sedih, tapi set dalam kepala mesin dorang ni kurang canggih. Sobs
Nurse ambil darah sekali lagi untuk check iron dalam badan.
Makan Obimin untuk tambah darah, berharap ada perubahan.

11 August 2016 :
Appoiment untuk repeat test darah.
Hasilnya 9.9. Drop 0.1 okay! Walaupun makan Obimin setiap hari tanpa skip. Makan daging makan bilis makan ikan semua makan. Cuma haritu teringin gila mau makan milo, so makan la satu cawan. Hmm. Result iron okay, tapi haritu kena cucuk dua kali jugak sebab suspek pembawa talesmia. Pulak dahh.
Kena ceramah dengan nurse, apa komplikasi yang bakal jadi kalau hb terus menerus macamni.
Sedih, tapi bila doktor scan lagi sedih, sebab scan punya scan cuma nampak kantung.
Macam biasa doktor bagi ayat sedapkan hati "Mungkin baby masih kecil, belum nampak lagi, saya cadangkan awak buat scan kat klinik sendiri ye"
......................................................................

Malam tu terus di beli Iberet Folic. Sebab rasa Obimin memang tidak sesuai.
Cuma bila makan Iberet ni mesti rasa pening-pening, sebelum tidur mesti sakit kepala, husband jugak la jadi sasaran urut kepala sampai tertidur.

15 August 2016 :
Baby Suzu genap 9 minggu 1 hari.
Semalam baru balik dari kampung husband. Tengah musim rambutan. Dan mangga. Memang fav makan mangga tetak-tetak letak lada letak garam letak aji, gaul-gaul, makan. Atau goreng bilis tumbuk sekali dengan mangga, lada, garam aji. Konfem makan tambah dua kali.
Harini kerja macam biasa. Tapi seharian rasa pening macam mau muntah tapi tidak. Rasa yang pelik sebab sejak pregnant memang tiada alahan kecuali bau rokok, dan masih boleh makan apa pun.
Otw balik rasa sakit macam cucuk-cucuk bahagian rahim. Sebab husband memang ambil alih tugas masak selama 3 bulan so dapat la rehat lepas balik kerja.
Semoga baby suzu sihat. Walafiat. Baby kuat, mommy and daddy to be pun kuat.
Sayang baby suzu & abang ketat-ketat, dua-dua pun tiada pengganti di dunia dan akhirat. Muahh!